Pengikut

Khamis, 27 Oktober 2011

Aku tak pasti

PERASAAN!
Hati tak tenang tentang apakah itu kasih syg. Hati selalu memikirkan tentang dia,
tapi apakan daya jasad ini tak dapat berbuat apa2 kecuali mampu berdoa. 
Hati berkata lagi, adakah dia betul-betul sayang akan aku.
Ku harapkan sesuatu yang terbaik dlm hubungan. Aku mahukan kebahagiaan biarlah dalam kesederhanaan. Aku sayang kamu.
Ku memohon padaMu yg tuhanku. Kau pertemukan lah aku dengan insan yg benar-benar ikhlas.

Rabu, 26 Oktober 2011

Mimpi tentang kebahagiaan

Salam..

Hari ini, masa ini, ketika ini dan waktu in aku bangaun dari tidur. 
Aku terjaga dari kejutkan mimpi.
Apa yang membuat aku akan menulis adalah mimpi aku. Mimpi aku yang mendorong.
Kuat sangat, seperti ingin mengampaikan sesuatu mesej penting pada aku. Dan aku sambut ia dengan baik.
Aku menulis di blog ini sepuya ia menjadi bukti di kemudian hari. Aku boleh membacanya semula.

Kebahagiaan yang aku cari..
'Peristiwa' 
Dalam mimpi ini aku berjumpa dengan seseorang kekasih. Tapi samar-samar . Aku tak berapa jelas wajahnya.
Mesej memberitahu aku dari dunia reality bersama-sama meredah segala rintangan. Sehingga suatu ketika termasuk ke alam khayalan, di mana dari kehidupan reality masuk ke alam fantasi dan ke alam reality semula.
Semasa di alam  reality seperti ada sesuatu masalah yg mendorong ke alam fantasi. Aku naik motor menuju ke satu tempat yang ada arus air terjun. Tak jauh dengan tepi jalan. Ketika berhentikan motor terserempak dengan ayah aku di tepi jalan. Aku tinggalkan pada ayah aku. 

'aku tak tahu apa mesej yg nak disampaikan  dari ayah aku'

Aku berlari menuju ke arus air itu. Menanti di situ kekasih hatiku. Aku genggam tangan dia, aku bawa mengikut denai arus itu. Dalam masa itu aku terserempak dengan seekor kucing. Sama seperti kucing aku.
Mulanya sekor, then dua.. lepastu lagi banyak. 
Aku melangkah pergi bersama kekasihku.

Aku rasa sudah masuk ke alam fantasi.
Aku bersama kekasih berada dlm satu tempat yg amat pelik. Daun-daun besar semacam. Rupa di alam dinosor. '..apa mesej aku tak tau ini...'
Aku bgtau kekasih, kita harus melepasi dinosor ni, kerna destinasi kita di sebalik sana.
Jadi kami berlari bersama. Kekasih hati sudah tak larat. Aku tgk dia letih sgt.
Aku tak sanggup lihat dia mcm tu. Aku kekkong (loghat kedah dokong) dia. Aku lari.

Lari.. Lari..Lari...

Aku tak sedar apa dah berlaku.,dalam mimpi tak berapa jelas apa dah berlaku. 
Sedar-sedar, aku dah bersama keluarga aku. Terasa inilah nikmat dunia. Ada sebuah kuarga yg tersangat bahagia. Masa tu seperti tgh bergambar dengan juru gambar. Aku bersama keluarga..

Aku, isteri, ank sulong  (perempuan), ank ke dua (lelaki), dan ank ketiga (perempaun)

Aku bahagia sangat2, sehinggakan kesabaran aku selama ini dibalas. Aku terjaga, air mata tanda kesyukuran kuar. Aku teresak mendoakn agar aku mndpt sebuah kuarga yg mcm tu.
Amin,,

Wahai bakal permaisuriku, aku menunggu mu saat ini. Andai engkau takdir, 
aku terima ketentuan Ilahi.
Tunjukkan aku jalan yag benar Ya Allah.
Amin..



Ahad, 23 Oktober 2011

So malam ni..

Malam ni tak bt apa2.. tadi kawan ajak gi gim. 
Adoii.. 
Malas pulak, coz ptg tadi baru lepas.
Dah lar baru lepas makan byk.hahaha.. Bila tahun nak kurus ntah.
Hahaha.. 
Tapi mau hari2 bersenam beriadah la aku. TARGET 70kg. Azam ni.
Harap2 tercapai.

MAA Takaful Plan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini saya akan terang serba sedikit mengenai Takafulink. Kepada senior-senior MAA Takaful, jika ada salah silap saya dalam menerangkan semua ini harap dapat menegur dengan berilmiah okay?. saya orang baru belajar.

Baiklah! Apakah yang dikatakan MAA Takafulink itu? MAA Takafulink merupakan pelan takaful keluarga berkaitan perlaburan dalam mengatasi ketidakpastian risiko dan memaksimakan pulangan jumlah wang dalam masa yang sama kita mempunyai simpanan yang menguntungkan.

saya akan menghuraikan MAA Takafulink mengikut kefahaman saya.

apa itu MAA Takafulink : Prospek menyimpan sejumlah wang yang telah dipersetujui bersama kepada syarikat takaful iaitu MAA Takaful untuk dua (2) tujuan iaitu :

1) Perlindungan
2) Perlaburan

Hebatnya MAA Takafulink ini adalah disebabkan Plan ini adalah fleksibel dan komprehensif. Kita boleh memilih jumlah perlindungan asas (sum covered) yang diperlukan. MAA Takaful juga mempunyai Perlindungan Tambahan yang sempurna (compelete) berbanding syarikat insurans yang mungkin tidak mempunyai kelebihan ini. (pemegang polisi boleh rujuk polisi syarikat insurans/takaful anda kembali dan melihat apa yang yang anda dilindungi, kebanyakkan cuma melibatkan perlindungan asas iaitu meninggal+lumpuh+hilang upaya kekal)... Bagaimana jika anda mengalami sebarang kemalangan yang melibatkan patah/terseliuh yang dikatakan hilang upaya sementara?? Anda masih tidak mampu bekerja untuk suatu tempoh dan pada masa yang sama anda perlu membayar kereta+rumah+makanan+perubatan.Di MAA Takaful, kami mempunyai semua itu dan InsyaAllah, kami ada di waktu anda gembira atau duka. MAA Takafulink memberi perlindungan dari sekecil-kecil kemalangan hingga kemalangan yang besar.

Jika anda berpendapat bahawa menyimpan di Bank-bank biasa merupakan perkara bijak/utama, saya berpendapat berlawanan. Di bank-bank biasa, anda menyimpan menggunakan kaedah tradisional iaitu, simpan sikit, lama-lama jadi bukit bukan? IYA, itu memang betul tapi tanya kepada diri anda pekara ini :

1) Adakah anda begitu disiplin untuk tidak mengeluarkan simpanan anda itu?
2) Adakah anda boleh memberi jaminan bahawa anda akan terus sihat/tidak langsung sakit/tidak mempunyai risiko mati+lumpuh+hilang upaya kekal untuk menikmati hasil simpanan anda itu?
3) Bagaimana dengan simpanan yang anda kumpul sejak muda/mula jika ditakdirkan Allah, anda disahkan menghidapi penyakit kritikal? Anda semestinya terpaksa menggunakan simpanan anda untuk membiayai kos rawatan anda dan dengan itu impian anda untuk menikmati hasil simpanan anda akan berkecai.

TETAPI.....!!

dengan MAA Takafulink ini, anda sebenarnya menyediakan satu amaun yang diperlukan (contoh : Rm100k jika berlaku kematian+lumpuh+hilang upaya kekal), dan secara bulanan anda menyimpan sedikit demi sedikit...

JADI, KENAPA TIDAK BERIKAN KAMI PELUANG DAN RUANG UNTUK MEMBANTU ANDA 'MENYELAMATKAN' SIMPANAN JUGA IMPIAN ANDA ITU....

Dengan bulanan serendah RM50 sahaja, anda berpeluang menikmati apa yang orang lain mampu guna. Adalah diingatkan bahawa ini merupakan SIMPANAN+PERLINDUNGAN, maka dengan ini, anda menyimpan wang anda dan dalam masa yang sama, anda mempunyai perlindungan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

janganlah berlengah lagi, risiko itu ibarat bayang-bayang kita, sentiasa berada dekat dengan kita, cuma masa sahaja yang menentukan. Hubungi saya untuk mendapatkan runding takaful~ 0172272767 atau email kepada fauzanclick@yahoo.com

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hobi baru aku

Salam kunjunngan sahabat ke sini. Nak bagitau angin baru aku.
 Ni ha


MEMBINA BADAN.

Tapi tak nak lar jadi sampai mcm ni, buruk pulak aku nnt.hahaha..
Sebenarnya aku baru ja dlm hobi ni, pelan2 naik.haha

APA YANG MENDORONG AKU?
eemm.. 
Dulu aku agak gemok.. dah nak cecah 90kg.hahaha.. Itu lah bahaya orang bsukan yg lama benti. Badan terus naik dan naik.
Dulu masa zaman sekolah mmg aku kuat sukan.
Hoki, ping pong, takrow, sepak raga bulat, bola tampar, bola sepak, bola baling, tennis, fusal, semua aku sapu. Kalau kawan2 ajak gi bersukan.. peerrggghh.. cepat2 ja..
Lpas abes sekolah, dah kurang bersukan dah.Kerja ja banyak. Kerja pulak tk byk kuarkan peluh..
hahaahaha.. mau tak jadi belon..
So skg, alhamdulillah.. dah turun sikit.
Hasil diet dan pemakanan seimbang.... cewah..hahaha
Bila duk depan cermin dan tgk diri sendiri ase mcm blh jadi mcm ni.


hahaaha.. pic ni aku copy ja.. walaupun tak leh sampai mcm ni, nmpk iras2 pun ok dah.hahaha..
...aku.pumya.log.aku.punya.suka...

So lepas ni entri aku banyak huraikan tntg bina badan la.
Alllaarrr,, copy&paste ja. hahaa.. senangkan.
Juz ilmu tuk diri sendiri. Tak salah kan.
Kalau sahabat2 'man' nak tambah2 sikit2 ilmu pun boleh.
Jom pakat jalani kehidupan lebih sihat.

'MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN '

kuang33x.. hahaha.. 
Budget aku 6 bulan la. coz aku bukan kurus.
Alang-alang kalau pakai seluar jeans nmpk mcm ni pun dah ok,hahaha

berusaha aku berusaha

OK, aku cau dlu. 
Nanti entry aku tntg asas-asas bina badan.





  

Entri saj-saja

Tadi punya petang punya hari ini punya jam 3.30 petang ada wak 1 BOD,, 
Jap,, ni aku copypaste leader aku tulis, aku malas nak naip dah.haha

Pohon perhatian kpda Leader dan bakal leader Muhsinin Group dan Mohd Anuar Agency.
Jangan lupa esok Tarikh 22/10/11 di Hotel Sri Malaysia Alor Setar. Jam 3.00ptg
Sesi BOP & VVIP HAJJ oleh CMC Dr. Anuar .
Bawalah setiap org utk menyertai kita dn sokong aktiviti agency yg sanggup bersusah payah utk agent berjaya..
"Belajar menghargai utk dihargai"


Yg hadir dlm 30 org ja. tak lah ramai sgt bebanding kat SP yg ramai ramai ramai.. 

Terima Kasih kpda CMC DR. Anuar yg bersusah payah mengadakan BOP & TRAINING .. Tkasih jga pada LEADER2 & AGENT yg hadir brsma agent baru dn kerana menyokong program agency.. Nak berjaya xperlu di paksa.

So majlis berjalan dengan baik tadi. Banyak jg ilmu baru yang dapat,, toche2 cikgu Anuar,
JASAMU KU KENANG.
hhahaahahaha..
Aku harap 1 hari nnt dapat jadi mcm dia. Bayar duit kereta sahaja dah 10k. haha,, 
gaji dah 100k sebulan. Tolak cukai pe semua.
FFFUUHHHH... ttp kaya ma,
Harapan aku ini adalah hadiah tuk orang yg aku syg sgt2. 
Akan aku buktikan pada dia janji aku. Lantak orang nak cakap apa, tapi masa depan aku dan keluarga terletak kat tangan aku. ........ .....wlcm. haha..
tq2,, cau.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Anugerah Kemenangan MAA Takaful Buat Kali Ke-3.

Percaya tak percaya semua sudah terbukti. 
UPPPPPSSS...waaccccaaaa..
Lupa nak bagitahu.. Ini kerja aku, Consultant Executive MAA Takaful. Aku betul-betul berbangga dengan compony aku ni. Tak sia-sia aku kerja sebagai perunding kewangan dekat sini. Alhamdulillah..syukur.

Anugerah 1 : ICMS menang untuk Portal Agensi untuk Sistem Terbaik di FIAA




Anugerah ni di peroleh pada Asian Insurance Congress 2011 yang telah berlangsung di Singapura pada 25 Ogos 2011 lepas. Anugerah diberikan dalam Kategori 'Financial Insight Innovation Awards' (FIIA). Yang lebih membanggakan kerana ini lah satu-satunya anugerah yang diperoleh oleh operator takaful dari Malaysia, malah syarikat insurans di Malaysia pun tidak pernah memenanginya. Di nilai dari lebih 75 syarikat insurans dan takaful di seluruh Asia Pasific


Yang ni adalah akhbar yang membuktikan MAA Takaful telah mendapat anugerah antarabangsa. 

Terbukti dan tententunya kemenangan ini adalah kemenangan yang hebat dan mampan MAA Takaful.




Anugerah 2 : The Most Outstanding Product MAA Takafulink @ KLIFF



Untuk kali ke-3 berturut-turut, MAA Takafulink melalui produk hebatnya - MAA Takafulink telah menang anugerah 'The Most Outstanding Product' di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum yang telah berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur.


Hadiah dan anugerah hebat ini telah di ambil sendiri oleh CEO MAA Takaful - Encik Salim Majid Zain dengan tepukan dan sorakan semangat dari semua CMC dan kakitangan MAA Takaful yang hadir sama pada malam tersebut.

Sesungguhnya anugerah ini lagi skali membuktikan bahawa produk MAA Takaful adalah syarikat yang menawarkan produk yg lengkap dan terbaik kepada pelanggan di luar sana melalui produk MAA Takafulink.




Khamis, 20 Oktober 2011

Logo team futsal aku

hahaa.. 
amacam penat aku buat ni, KBB Futsal Club. 
Yg pjg dia kampung bok-bok futsal club.. dalam tempoh percubaan lagi ni..
Nanti aku create yg baru..
Harapan aku moga team aku berjaya.
Skg tgh nak minta peruntukan dari kerajaan negeri ftuk belia kampung aku. Moga
lulus dgn baik. Insyallah

Aku Lelaki Kurang Upaya

Terkejutkan tgk tajuk entri aku.
Memang aku kurang upaya. Tak upaya nak handle diri apatah tentang cinta.
Cinta lagi,,hahaha.. Aku punya blog aku hal la..
Sekurang-kurangnya aku hilang sakit hati ni bila aku tulis.
tq.

Rabu, 19 Oktober 2011

Cabutan Bertauh LCS

Sahabat blogger,, read this..

"LCS nak wat cabutan bertuah untuk akhir tahun 2011. Buat semua kastemer, pengunjung dan bukan pengunjung dialu2kan mengikuti cabutan bertuah Little Coour Shop. 10 orang yang bertuah akan dapat hadiah dari LCS. Hadiah takda la gempak… biasa2 jer… :D"

Kita tgk sape yg bertuah tu.

Isnin, 17 Oktober 2011

Jodoh bukan paksaan

Sahabat.. jodoh bukan paksaan.
Tapi aku, haaahhhh... selalu memikirkan. Walhal tak penting lagi. Terasa sgt nak ada yg betul2 dapat 
disayangi mencintai..
Buruk sgt ka muka aku sampai susah nak cari pasangan hidup.. 
Orang yg aku syg dah tak syg aku. Tak kan nak paksa bila status darjah dipandang. 
Dulu masa bercinta tak kisah, janji setia sayang la pe semua. Tapi bila dah follow elok2, si gurl yg berubah. Jmpa lelaki kaya abes la. 
Kepada lelaki kat luar sana, korang jgn bercinta terlalu lama, yang hati kering tak apa.
Yang hati basah ni teruk la. Imam bukannya kuat sgt. Tapi muhasabah tu perlu tuk kita teruskan hidup.
Aku,, hahaha... Tak kawen dah ape. Sakit hati nak buat mcm mn. Dah ketentuan. Terima sahaja. caaaww..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Futsal kampungku

Kata hatiku pagi ni,, skg dah btl lewat pagi.
Komputeraku jam dah pukul 4.38 pagi.. Mata masih tak kisah kerja dia pagi.
Hati sedih selang dengan gembira pagi,
Bertanyakan apa yang sedih fauzan. Hati berkata adalah tntg cinta. Tentang kasih dan sayang yang selalu memikir kebahgiaan. Amat tak adil cinta yang dianugerahkan pada aku. Mungkin ini ujian pada aku. Muhasabah diri sebaik mungkin. Apa yg aku harapkan tantang scinta adalah kedamaian kebahgiaan.
Dan bertanya pulak tntg kegembiraan, tntulah tntg hodi aku. Pe lagi...main futsal lar.

Dulu masa study nikmat bersama kawan-kawan tersangat indah. Buatkan aku nak saja sambung belajar..apakan daya dah tua. Tapi kata orang umor tak ada halangan untuk kita sambung belajar. Yang buatkan sukar adalah tangungjawap aku. Keluarga aku bukan orang berada. Mak ayah aku petani peniaga kecil-kecilan aja. 
So pasal kewangan aku tanggung sendiri, Aku harap dengan kerja aku dalam MAA Takaful dpt buahkan hasil. 

FUTSAL

Aku tersangat suka sukan ni. boleh main gila. Dulu best ada kawan-kawan kat tmpt belajar. Skg dah ada kat kampung, aktiviti kurang, Kerja ja memanjang. Jadi baru-baru ni aku create satu aktiviti futsal untuk belia kampung aku. Nak tgk apa yang aku buat. Ni aku copypaste kat bawah.



Pukul 5 ptg 14 Oktober 2011.
Aku anjurkan ini, dengan harapan penubuhan ini akan ada aktiviti yang menarik.
Katil dah panggil.. salam..

Selasa, 11 Oktober 2011

Cerita kita.

Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari” Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan” ... Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?” Harakah – “Kami tiada beca” Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah” Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat” Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca” Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!” Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.” Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi”

Isnin, 10 Oktober 2011

Ada baiknya bercinta selepas kahwin

Sekali sekala nak bercerita tntg cinta juga.
Orang kata cinta itu nikmat. Pada aku sakit lagi memedihkan ada lah. 
Kes pernah alami le ni yg boleh tulis entri ni..

Sahabat bertanya, "bila nak kahwin? aku dah nak masuk 3 dah ni". Apa aku nak cakap. Juz senyum n ucap tahniah je pada dia.
Aku pendam perasaan ini.
Sahabat brkata pula,'" elleehhh jual mahal sgt. Kali ni aku mencelah. Bukan aku jual mahal. 
CINTA..
Lebih kpd menyakitkan dari dari disenangi. Terlalu lama aku pertahankan cinta, 
Pelbagai cabaran dugaan dtg. 
Aku bersabar.. 
Aku terima..
Aku tempuh..

Ia berulang, berulang dan berulang lagi..
Sampai satu tahap, status memisahkan kami. 
Dbezakan dari segi pendidikan..
Dbezakan dari segi kedudukan..
Dbezakan dari segi kemahiran.. 
Dbezakan dari segi gaji..
Semua aku rendah dari dia, tapi aku punya hati yg teguh dlm bercinta.

AAAARRRGGGHHHHH.. mls nak igt,,, tpi tg gatal nak tulis.
Tak tulis hati duk fikir. 

Harapan aku, moga gadis yg aku cari akan muncul. Amin.




Air mata

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, 
Air mata kerana ibu bapa 1 penghormatan, 
Air mata kerana kekasih 1 penyesalan, 
Air mata kerana Allah 1 keberkatan......

Belajarlah

Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi..

Bercinta?

'CINTA'
1 perkataan yang buat aku sakt sampai skg. Adakah aku tak pandai bercinta.
Aku benci bercinta, tapi aku mahukan insan yg blh beri kebahagiaan.
tahu itu cinta.
Ahhhhrrrgggg..
Boleh sakit jiwa semua ni. 
Sememangnya bercinta lps kahwin terbaik.
Dan risau tiada keserasian lps kahwin.
Aku harap cinta yang akan datang dpt beri aku semangat bercinta semula.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Nak deman pun ada



Ase pening semacam ja mlm ni. 
HHHAAAADDDOOOIII. EEMM..
Tapi nak kong ngn sahabat sikit. Ilmukan. Aku pun copy and past ja..

Ni ha.. 

status 'ORIGINAL' handphone korang semua...
sila type *#06#
then akan keluar IMEI International Mobile Equipment Identity
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
... ... contoh : 358671017470473...
... kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******

untuk semak ori atau tidak handphone itu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Aku o4. hahaa,, terbaik.. 

Hari ni hujan dari ptg tadi lagi tak berhenti. Boleh banjir mcm ni nnt. 
Ni pun pening coz kna ujan ptg tadi la time nak balik keja.
Harap2 esok dah hlg coz nakl keja. Kang nnt komitmen nak keja tu tak ada plak,
hahahaaha..
caaauuu..
`