Pengikut

Selasa, 5 Oktober 2010

Duromine punya hal

Entri kali ini aku nak story pasal ubat diet yang aku makan. 

Sebelum ni aku pernah cuba satu jenis ubat diet ni. JusMate5. Cakap je JM5 sape pun tau, Dr. Rozmey punya pukulan. Memang tersangat famous sekarang. Kalau aku ambil 3 kotak n hari-hari makan ase blh kurus kut. Tapi budget tak ada lar. Tiap-tiap minggu masuk Metro. Aku beli ubat ni dalam RM 450. 

Ada 3 kotak, 1 kotak ada 20 peck.



 Masa aku beli ni aku kongsi dgn membe aku. Dia lagi gemok dari aku.hehehe.. Nama dia Syam, samseng kampung dusun.aaaahhh,,hhaaaa.. kampung bok-bok da!! Kampung aku tu. So dia nak test 1 kotak, 

kongsi lar kami.

Aku dah makan habis 1 kotak,, tak ada apa-apa perubahan pun. Aku pun stop makan coz ada hal lerrrr..
Sebelum raya baru-baru ini, aku jumpa dengan seorang golongan hawa ni. Dulu dia gemok sangat, 2x ganda dari aku besarnya. Korek punya korek rahsia, last aku dapat tau juga. Dia makan ubat Duromine. 
Ha.. ni tajuk utama yang nak cita sebenarnya.. hehe.. Punya lar panjang mukhadimah dia.

Biar aku terangkan apa itu duromine dan kegunaan dia. Sumber ni aku copy&paste je dari mana ntah blog.hahaha.. Dia pun copy&paste juga.lalalaalaa..

Duromine digunakan untuk menurunkan berat badan pesakit yang obese atau terlebih berat.
Doktor akan menentukan samada anda obese dan sama ada anda layak menggunakannya.Ubat ini memberi kesan langsung kepada otak untuk mengawal selera makan anda.Ia mesti digunakan bersama dengan senaman dan pengawalan diet makanan.Ia hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor dan khas untuk anda.Jangan beri ubat ini kepada orang lain dan simpan di tempat yang selamat. 
EEhhmmm,, tu cara dia. Tapi yang ditekankan dekat sini kesan dia tu.. Kat bawah nanti ada huraian panjang lebar tentang kesan sampingan dia. Sekarang nak story yg dah terjadi dekat aku.
Duromine



Weeiii.. kesan paling teruk sekali susah aku nak buang air besar
 huuuhh.. Relax dulu.. Nak tahu kisah benar. Sampai ke hari ni yakni hari ke 8 aku tak buang air besar. Memang risau sangat. 
Petang tadi aku p farmasi beli ubat lawas. Ingat nak mkn malam ni, tapi yang sakit hatinya.Aduhaii.. Nanti baca kat bawah ni. Tak sanggup aku nak tulis. 


.
Perkara ni doctor akan beritahu kita sebelum kita ambil. PENTING ni. 

1)Jika anda sedang mengambil:
a.sebarang ubat diet yang lain
b.sebarang ubat anti-kemurungan(Psikotropik)
c.sebarang ubat migrain seperti Cafergot
d.sebarang ubat batuk atau selsema
e.sebarang hormon untuk thyroid
f.sebarang ubat untuk sakit mental(mental illness)
g.sebarang ubat pengawalan tekanan darah tinggi
h.sebarang ubat yang anda beli tanpa preskripsi
2)JIka anda sedang mengalami:
a.sedang mengandung
b.sedang menyusu bayi
c.mengidap tekanan darah tinggi
f.mengidap penyakit jantung seperti angina
g.mengidap diabetes(kencing manis)
h.mengidap epilepsi


Aku juz nak ingatkan sebelum korang ambil ubat ni. Fahamkan betul-betul coz kesan dia,huhuuhuuu..
Jangan salahkan ibu dan bapa yg lahirkan kita.

1)Selalu buat medical check-up
2)Beritahu doktor segera jika anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak,sakit dada,pengsan dan sukar bernafas.
3)Berhati-hati semasa memandu atau mengendalikan mesin
4)Jangan minum minuman ber alkohol
5)Beritahu doktot/pharmacist semasa anda membeli ubat batuk/selsema.

Kesan sampingan yang perlu korang tahu. Lepas ambil ubat ni nanti tak payah duk risau lagi kalau jadi seperti kat bawah ni.:
1)Duromine mungkin membuatkan anda lebih terjaga(tidak mudah tidur)
2)Ia juga boleh memberi kesan ke atas jantung.Anda akan rasa jantung anda berdetak lebih pantas,berdetak secara tidak sekata(Irregular) atau sakit dada.
3)Gangguan perasaan-rasa terlalu happy diikuti rasa tertekan dan keletihan,rasa gementar
4)Rasa pening,muntah,tremor(ketar)
5)Cirit-birit atau sembelit,cramp perut,mulut kering ,sukar buang air kecil,bengkak muka,ruam dan penurunan daya seks.
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan,anda sepatutnya memberitahu doktor dengan segera.Doktor anda akan memberi nasihat yang bersesuaian.






AMARAN:Keterangan di atas tidak bermaksud untk menggantikan keperluan anda untuk bertanya doktor sebab ia tidak mengandungi maklumat yang penuh.Sila dapatkan penerangan penuh dari doktor anda.






Maklumat di atas sekali gus menjawab solan-soalan yang selalu korang tertanya-tanya tentang Duromine.Terdapat banyak lagi ubat atau formulasi untuk menguruskan badan di Malaysia ni. Aku harap korang dapat buat pilihan/keputusan yang betul. Bukan tugas aku untuk mengatakan samada sesuatu ubat itu baik/tak baik terhadap anda kerana kesannya berbeza kepada setiap individu. 



Korang kena faham bahawa ubat ini mesti dipreskripsi khusus untuk individu ,oleh itu korang tak boleh beli sewenang-wenangnya atau membeli untuk orang lain.Dapatkan pemeriksaan doktor,jangan beli dari sumber yang tidak berdaftar.Paling penting..jangan rahsiakan penyakit korang semata-mata nak mendapatka ubat ini.. Anda hanya menempah masalah yang berat.



Hanya anda yang kenal diri anda...buat pilihan yang bijak!


                                                                                                           tapi aku pun makan juga ubat ni.hehe..SALAM.

Testing jap.

Buat masa sekarang aku tak ada apa nak story lagi coz aku ngh stdy pasal Intense Debate. So untuk test aku kena create 1 post. ni lar ni..hehheeh.. daaa..

OOOOPPPSSS..