Pengikut

Ahad, 31 Oktober 2010

Pagar diri dari syaitan dan sihir

Pagar Pertama (1)


Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". Riwayat al Bukhari.


Pagar Kedua (2)


Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.


Pagar Ketiga (3)


Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil luang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.


Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasan hulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.


Pagar Keempat (4)


Mendirikan Solat Tahajjud ikhlas untuk bertaqarrub kepadaNya..
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
Riwayat al Bukhari dan Muslim.


Pagar Kelima (5)


Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas.
Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.


Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.


Pagar Keenam (6)


Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.


Pagar Ketujuh (7)


Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.


Pagar Kelapan (8)


Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.


Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu"
Riwayat al Bukhari.

Khamis, 28 Oktober 2010

Celaka mana curi handphone aku bagi balik.

Salam warga blogger..
HaHaHaHAaaa..
Aku kembali membawa hati yang tersangat panas.. Entah kat dalam badan nipenuh dengan lava-lava yang sedang sedang menggelegak.
Tunggu masa nak meletus aja ni..
Lar ni meh nak ajaq sains sikit. Main features of a Volcano tu tukar jadi Main features of my heart.

Sekarang ni lava-lava tu dah sampai kat aras secondary vent..
Jangan sampai mcm nieee..



Kalau dah mcm ni,, tak dapan nak sedut balik. Faham2lah yer.
Memang malaun betui lahh.. Dah tgh sengkek ni.. Macam2 godaan cubaan Dia bg.
Tapi hati tetap sakit.


AAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRGGGGGGGHHHHH..
berikan aku semangat Ya Allah..


Dapat aku ja nanti budak ni, tau aku nak ajaq. Ase nak pegi jmpa bomoh pun ada dah ni. Duk sabar ja lagi ni.. Iman masih menebal.huhuhhuuhu.. yg memba aku ni duk suh p kmpg dia jmpa bomoh tu.
hahhahaaaaa.... Agak kejam. tapi aku tak kisah.. igt dosa ja.. klu tak igt akhirat.. tau lar aku..
Tapi aku bg peluang lagi.. klu dia ada terbaca entri aku ni.. harap bagi balik..
jangan perigi cari timba.
hahhahaaa.. pelbagaikan penggunaan..
Nanti susah dikemudian hari..


WAAARRRNNNNIINNNNGGGGGG!!!
BAGI BALIK LAR BENGONG..

Jangan bagi aku baca mentera semerah padi pada lu..
AWAS.

Isnin, 11 Oktober 2010

Malang tak berbau.

Tika ni rumate aku kat sebelah ni dah tidur. Yang lagi sorang duk main PES 2010. Aku bersandar dekat dinding sambil memegang tangan aku yang sedang berbalut berselang seli menaip entri ni..huhuhuuu..




poyo giler gambar.hahaa

wwwwwwwwwwwwweeeeeeeeeeeehhhhh...

TANGAN AKU!!!


Semua pasal main futsal hari tu. Aku excident masa main futsal tu. Pada mula aku ingatkan patah coz bunyi tpi  cuma sendi lengan aku terkeluar. Tangan aku sebelah kiri. Memang aku geram kat budak 2 ekoR tu. Aku rasa dorang memang sengaja nak sepak lengan aku. Aku dah tangkap bola tu, faham2lah. Bukan sorang, tapi 2 orang. Ase macam nak bagi sebijik ja sorang-sorang.Geram memang telah lar tapi macam mana nak lepas geram tgn dah kebelakang. Rupa dah macam orang cacat dah. 

Aku stop main. Nak tahu, ni first game aku. Time jadi ni team aku dah 3-0. 
Aku keluar tuk dirawat dengan jalan pun dah macam orang tak betul. Tangan pula seperti ke belakang. Sendi lengan aku terkeluar la antara bahu ni.
Nak tau macam mana. Cuba pusingkan tapak tangan ke depan, lepas tu pelahan-lahan gerakkan tangan ke belakang.

HHHHHHHHAAAAAAAAAAAA...
Upa itulah aku. Lepas tu rehat jap. Tapi memang bodoh gila sape yang handle sukan futsal tu. Buatlah AJK or unit keselamatan ni sama. Tak pun bawa lah 1st aid. Budget lah kemungkinan ada pemain akan sakit.Cepat lah aku dapat rawatan.

PEEEEEHHH... 
Dorang ingat aku main-main kut, celak0!! 
Tapi aku bernasib baik jaga ada sorang gurrrl ni myb ajk kut. Dia bawakan aku spray yang biasa diguna utk sport. Ubat kebal orang kata.Tu pun pinjam dari team lain. Tapi apa-apa pun thank sangat-sangat. 

Ajaibnya SPRAY ni..
Dapat jer spray tu terus aku sembur keliling. Kurang dari 20 saat, secara automatiknya sendi yang problem tadi terus ok. Tulang lengan tu dah masuk balik seperti biasa.huhuu.. Secara tak langsung tangan aku terus boleh gerak wehh.. Tapi masih rasa sakit sikit. Aku cuba buat senaman tangan. Tak ada apa2 masalah dah. 

2nd game.
Aku main semula, tetap gol  keeper. Sebenarnya aku tak suka jadi keeper in. Tapi nak buat macam mana dah team aku tak semua yang layak,huhuhu.. jangam takbur fauzan. Game ni aku dah save banyak kali, tangan aku ase semacam jer ni. Aku terus bertahan  sampai habes game. Aku keluar cepat-cepat terus mencari spray tadi. Dapat je terus aku sembur keliling. Kejap je hilang sakit, pastu sakit balik.. 
Sakit Sakit DAN TERUS SAKIT..


AAARRGGGHHH.. 

Aku dah tak tahan sakit lagi. Aku tak cakap kat sape pun coz nak team aku tumpukan pada game. Aku juz cakap aku dah tak dapat main. Sebelum aku pegi hospital aku jmpa team aku salam dan bagi semangat..
AKU SAYANG KORANG GUYS. Kalah menang adat semua tu. Sape nak kalah. Sape nak menang..

daa..





Sabtu, 9 Oktober 2010

Sebentar shaja lagi.


Pagi ini seperti apa yang telah dipautkan pada entri sebelum ini aku ada sukan futsal tertutup.
Kasut futsal?? eeeemmhh,, 
mcm tu lah. Tak ada kedai yang buka. Puas aku cari, tak larat dah nak tanya orang.
Bukan nak kutuk or apa, tapi memang tak banyak kemudahan kat sini. Banyak yang terkurang.
Susah nak hidup.

Dah aku tak nak story pasal lain, ni pasal sebentar sahaja lagi. Rasa gelabah tu standard ar. Tapi
aku akan try yg terbaik untuk team aku.
cayyok ciyyok coyyok yok yok..

Kalau kalah nanti memang tak ada rezeki, kalau menang. huhh..Team aku memang tero, syabas korang semua.Nanti aku belanja korang makan ais pop.haha.. (rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari)..

Mak abah doakan abg jan menang yer.. Aminnn..
Tahu bintang futsal sapa??
Tentulah niee.. Gua respect lu ar bro.hee..

Falcao
Aku dah try dah main seperti dia.haha.. mana nak dapat lah bro. Search ler youtube kalau tak percaya cakap aku.
 Skill Aksi Kepantasan gaya dia lar tu..
hahahaa.. fenatik fantastik bombastik semua ada.

Falcao

Mamat falcao ni paling best di dunia..

Apa-apa pun all the best for me and my team. 

Kenangan Char Kuey Teow

         
Malam ni nak story pasal kenangan aku masa muda-muda dulu. 
4 5 tahun dulu lar ni. Bukan apa, tadi ada kawan aku duk ajak pi pekena char koteaw. Itu yang buat aku rindukan kenangan lama ni.

Dulu aku tukang masak kalau nak tau. Tapi masak char kuey teow ja. My bro ajar, origenal penang mai punya. Mybro belajar dari orang penang, berbayar tu.. Lebih kurang macam kursus lah.

Lepas tu dia ajar aku. Aku bab-bab masak ni memang tak leh dinafikan kehandalan aku.haha..
 Masa ni aku tak sambung blajar lagi, aku tinggal kat sepang masa tu. 
Kat airport city kalau tahu. 
Kalau korang pernah pergi sana, korang mesti tahu kedai makan kak long. Kedai dia famous dengan masakan asam pedas. Nak storynya dulu aku meniaga kat situ lah sebelum berpindah ke kedai sendiri..

Masa berlalu.. kenangan semakin bertambah. char kuey teow aku semakin dikenali. Untung semakin menebal, Hasrap dan impian ingin lebih maju ke depan. Akak, abang dan aku berbincang. 



Maka tertubuhlah RESTORAN NAFA ROMA.


Apa itu NAFA ROMA.
tu nama family aku.

                                                 NA = akak (Nabilah)
                                                        FA = bang dan aku (Fadhly & Fauzan)
                                                              RO = emak (Rokiah)
                                                                    MA = ayah (Abdul Rahman)

Aku mula meniaga sendiri, semua urusan sendiri. Dengan pengalaman dan ketabahan yang ada aku 
mula membina empayar sendiri (cewah). Di nafa roma aku tetap tukang masak char keow teow. 
Masa terus berlalu.  Anak ayam terus membesar. Anak burung sudah boleh terbang.

Aku mula meneruskan perjalanan aku di menara gading. Tapi tak pulak aku nampak ada gading kat manara tu.kui9. 
Kat bawah ni aku ada copy cara masak char kuey teow. Tapi, masih tak boleh fight lagi dengan resepi aku.hehee.. K da.. 



SOS CHAR KEOW TEOW
BAHAN BAHAN
5 senduk sos tiram
3 senduk gula
1 senduk perasa
4 senduk kicap pekat
2 senduk kicap cair
1 senduk minyak bijan

CARANYA

Campur semua bahan-bahan, kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Perap selama 2 hari.

BAHAN-BAHAN
1 kilo keow teow
1 kati taugeh
½ kati kucai
1 kati udang – sederhana besar – rebus sekejap
1 kati kerang – celur – kupas
8 biji telur
10 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar cili boh
CARANYA

1. Panaskan kuali. Masukkan 2 senduk minyak. Tumis bawang
putih, biar kekuningan. Masukkan cili boh (ikut pedas). Kacau rata.
2. Masukkan kerang, udang, segenggam keow teow dan 1 senduk sos tadi, taugeh dan kucai. Kacau rata.
3. Tolakkan keow teow ke tepi dan masukkan telur. Kacau rata.

Try aa Sedap..





Khamis, 7 Oktober 2010

Sakit hati gila.

Mana kedai jahit kasut!!!


pinjan pic jap

Hari ni dah hari khamis dah. Esok lusa dah nak lawan.hhuhuhu.. tekanan perasan kalau macam ni.
Hari aku dah pusing 1 Kota Bharu ni, semua tak buka.
Jam dah nak dekat pukul 5, pukul 6 mula latihan. Macam mana aku nak cakap kat budak2 ni. Dah lar aku main keeper. Esok dahhari Jumaat, mesti kedai kasut tak ada yang buka punya.

WWWWWWWWWaaaaaaaaaaaaaaa...

TOLONG AKU.. APA HARUS AKU BUAT NI.

Dah lar tengah nazak duit ni.. Mana nak pi cari kasut baru. Adoiiii,, Bala dari tuhan mungkin..
Pagi tadi dah ler lecturer bad mood dalam kelas. Aku sebagai yang paling tua dalam clas mesti lah aku terasa. Sebelum-sebelum ni semua soalan dia aku leh jawab juga lar walau sikit.
Tapi tadi soalan bodoh jer pun dia tanya, aku bukan tak boleh jawab. Tiba-tiba aku jadi bluuuuuuuuurrrrrrrrrrrrrrrrrrr,,,
mengong apa ntah.

Apa lagi dia.. Huhuhu,, Maafkan aku Puan Nani. Tak pernah aku tengok mood dia macam tu sekali. Memang mengong..mengong.. Yang budak clas aku pun satu hal. Semua nak pandang aku bila jadi macam ni. Malu aku ngn awek2 dalam clas, lagi lah malu dekat diri sendiri. 


aku kalau marah jadi menatang ni
nanti.huhuhu..

Semua tak kena hari ni.. Geram betuiii..
Subhanallah..

Selasa, 5 Oktober 2010

Duromine punya hal

Entri kali ini aku nak story pasal ubat diet yang aku makan. 

Sebelum ni aku pernah cuba satu jenis ubat diet ni. JusMate5. Cakap je JM5 sape pun tau, Dr. Rozmey punya pukulan. Memang tersangat famous sekarang. Kalau aku ambil 3 kotak n hari-hari makan ase blh kurus kut. Tapi budget tak ada lar. Tiap-tiap minggu masuk Metro. Aku beli ubat ni dalam RM 450. 

Ada 3 kotak, 1 kotak ada 20 peck.



 Masa aku beli ni aku kongsi dgn membe aku. Dia lagi gemok dari aku.hehehe.. Nama dia Syam, samseng kampung dusun.aaaahhh,,hhaaaa.. kampung bok-bok da!! Kampung aku tu. So dia nak test 1 kotak, 

kongsi lar kami.

Aku dah makan habis 1 kotak,, tak ada apa-apa perubahan pun. Aku pun stop makan coz ada hal lerrrr..
Sebelum raya baru-baru ini, aku jumpa dengan seorang golongan hawa ni. Dulu dia gemok sangat, 2x ganda dari aku besarnya. Korek punya korek rahsia, last aku dapat tau juga. Dia makan ubat Duromine. 
Ha.. ni tajuk utama yang nak cita sebenarnya.. hehe.. Punya lar panjang mukhadimah dia.

Biar aku terangkan apa itu duromine dan kegunaan dia. Sumber ni aku copy&paste je dari mana ntah blog.hahaha.. Dia pun copy&paste juga.lalalaalaa..

Duromine digunakan untuk menurunkan berat badan pesakit yang obese atau terlebih berat.
Doktor akan menentukan samada anda obese dan sama ada anda layak menggunakannya.Ubat ini memberi kesan langsung kepada otak untuk mengawal selera makan anda.Ia mesti digunakan bersama dengan senaman dan pengawalan diet makanan.Ia hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor dan khas untuk anda.Jangan beri ubat ini kepada orang lain dan simpan di tempat yang selamat. 
EEhhmmm,, tu cara dia. Tapi yang ditekankan dekat sini kesan dia tu.. Kat bawah nanti ada huraian panjang lebar tentang kesan sampingan dia. Sekarang nak story yg dah terjadi dekat aku.
Duromine



Weeiii.. kesan paling teruk sekali susah aku nak buang air besar
 huuuhh.. Relax dulu.. Nak tahu kisah benar. Sampai ke hari ni yakni hari ke 8 aku tak buang air besar. Memang risau sangat. 
Petang tadi aku p farmasi beli ubat lawas. Ingat nak mkn malam ni, tapi yang sakit hatinya.Aduhaii.. Nanti baca kat bawah ni. Tak sanggup aku nak tulis. 


.
Perkara ni doctor akan beritahu kita sebelum kita ambil. PENTING ni. 

1)Jika anda sedang mengambil:
a.sebarang ubat diet yang lain
b.sebarang ubat anti-kemurungan(Psikotropik)
c.sebarang ubat migrain seperti Cafergot
d.sebarang ubat batuk atau selsema
e.sebarang hormon untuk thyroid
f.sebarang ubat untuk sakit mental(mental illness)
g.sebarang ubat pengawalan tekanan darah tinggi
h.sebarang ubat yang anda beli tanpa preskripsi
2)JIka anda sedang mengalami:
a.sedang mengandung
b.sedang menyusu bayi
c.mengidap tekanan darah tinggi
f.mengidap penyakit jantung seperti angina
g.mengidap diabetes(kencing manis)
h.mengidap epilepsi


Aku juz nak ingatkan sebelum korang ambil ubat ni. Fahamkan betul-betul coz kesan dia,huhuuhuuu..
Jangan salahkan ibu dan bapa yg lahirkan kita.

1)Selalu buat medical check-up
2)Beritahu doktor segera jika anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak,sakit dada,pengsan dan sukar bernafas.
3)Berhati-hati semasa memandu atau mengendalikan mesin
4)Jangan minum minuman ber alkohol
5)Beritahu doktot/pharmacist semasa anda membeli ubat batuk/selsema.

Kesan sampingan yang perlu korang tahu. Lepas ambil ubat ni nanti tak payah duk risau lagi kalau jadi seperti kat bawah ni.:
1)Duromine mungkin membuatkan anda lebih terjaga(tidak mudah tidur)
2)Ia juga boleh memberi kesan ke atas jantung.Anda akan rasa jantung anda berdetak lebih pantas,berdetak secara tidak sekata(Irregular) atau sakit dada.
3)Gangguan perasaan-rasa terlalu happy diikuti rasa tertekan dan keletihan,rasa gementar
4)Rasa pening,muntah,tremor(ketar)
5)Cirit-birit atau sembelit,cramp perut,mulut kering ,sukar buang air kecil,bengkak muka,ruam dan penurunan daya seks.
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan,anda sepatutnya memberitahu doktor dengan segera.Doktor anda akan memberi nasihat yang bersesuaian.






AMARAN:Keterangan di atas tidak bermaksud untk menggantikan keperluan anda untuk bertanya doktor sebab ia tidak mengandungi maklumat yang penuh.Sila dapatkan penerangan penuh dari doktor anda.






Maklumat di atas sekali gus menjawab solan-soalan yang selalu korang tertanya-tanya tentang Duromine.Terdapat banyak lagi ubat atau formulasi untuk menguruskan badan di Malaysia ni. Aku harap korang dapat buat pilihan/keputusan yang betul. Bukan tugas aku untuk mengatakan samada sesuatu ubat itu baik/tak baik terhadap anda kerana kesannya berbeza kepada setiap individu. 



Korang kena faham bahawa ubat ini mesti dipreskripsi khusus untuk individu ,oleh itu korang tak boleh beli sewenang-wenangnya atau membeli untuk orang lain.Dapatkan pemeriksaan doktor,jangan beli dari sumber yang tidak berdaftar.Paling penting..jangan rahsiakan penyakit korang semata-mata nak mendapatka ubat ini.. Anda hanya menempah masalah yang berat.



Hanya anda yang kenal diri anda...buat pilihan yang bijak!


                                                                                                           tapi aku pun makan juga ubat ni.hehe..SALAM.

Testing jap.

Buat masa sekarang aku tak ada apa nak story lagi coz aku ngh stdy pasal Intense Debate. So untuk test aku kena create 1 post. ni lar ni..hehheeh.. daaa..

OOOOPPPSSS..

Ahad, 3 Oktober 2010

Munajat Ku (Di dalam Menghadapi Ujian)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Engkaulah pencipta segala apa yang ada dilangit dan di bumi
Engkaulah yang Maha Besar
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengasih
Segala-galanya milik Mu Ya Allah, Tuhan semesta alam

Ya Allah Ya tuhan ku,
Pada hari ini Ya Allah, hamba mu yang hina ini menadah tangan memohon kepada Mu Ya Allah,
Pada hari ini Ya Allah, hamba mu yang hina ini menundukkah wajah dan hati ku mengharapkan belas dari Mu, Ya Allah
Pada hari ini Ya Allah, hamba mu yang hina ini mengharapkan pertolongan Mu Ya Allah
Pada hari ini Ya Allah, hamba mu yang hina ini mengharapkan keampunan dari Mu Ya Allah

Ya Rahman, Ya Rahim,

Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas kesempatan yang Engkau telah berikan untuk aku hidup di atas mukabumi Mu, Ya Allah
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas anugerah yang telah Engkau berikan kepada ku.
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas hidayah yang telah Engkau kurniakan kepada ku.
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas nikmat Islam yang telah Engkau berikan kepada ku
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas kesempatan untuk aku mengenali dan menyayangi hamba-hamba mu Ya Allah, walau pun untuk seketika.
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, di atas segala-galanya yang tak terhitung banyaknya nikmat yang telah engkau berikan Ya Allah

Ya Allah, Ya Rahim
Aku memohon kepada Mu , agar Engkau pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai
Aku memohon kepada Mu , agar Engkau kurniakanlah kepada ku kesabaran di dalam menghadapi ujian Mu yang berat ini Ya Allah
Aku memohon kepada Mu , agar Engkau kurniakanlah kepada ku kekuatan di dalam menghadapi ujian Mu yang tak tertanggung ini Ya Allah
Aku memohon kepada Mu , agar Engkau berikanlah kebaikan kepada diriku dan kepada insan-insan yang aku sayangi dan yang aku kasihi Ya Allah.
Aku memohon kepada Mu, agar Engkau tunjukkanlah jalan keluar daripada masalah yang membebankan diriku ini
Sesungguhnya Ya Allah, aku hanyalah hamba mu yang lemah dan tiada daya ku melainkan dengan pertolongan Mu, Ya Allah
Ya Allah janganlah Engkau uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung Ya Allah

Ya Allah, Ya Halim
Aku merayu kepada Mu, agar Engkau ampunilah segala kesalahan ku
Aku merayu kepada Mu , agar Engkau dapat curahkan belas kasih Mu kepada ku
Aku merayu kepada Mu , agar Engkau dapat hilangkan rasa duka cita ku ini Ya Allah
Aku merayu kepada Mu , agar Engkau dapat tenangkan jiwa ku yang kacau ini Ya Allah
Aku merayu kepada Mu, agar Engkau dapat teguhkan iman ku
Aku merayu kepada Mu, agar Engkau dapat turunkan pertolongan Mu kepada ku di dalam menghadapi ujian Mu ini.
Aku merayu kepada Mu, agar Engkau dapat tenangkan fikiran ku
Aku merayu kepada Mu, agar janganlah Engkau tambahkan lagi derita hamba Mu ini Ya Allah,
Aku tak mampu untuk menghadapinya lagi Ya Allah

Ya Allah, Ya Rahim
Aku sedar Ya Allah, tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan daripada Mu, Ya Allah.
Aku sedar Ya Allah, sesudah apa yang telah berlaku kepada ku, kemana lagi yang harus aku bawa diriku selain daripada mendekatkan diriku kepada Mu Ya Allah. Izinkanlah aku untuk mendekatkan diriku kepada Mu Ya Allah
Aku mohon kepada Mu Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku keseorangan di dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah ,tanpa pertolongan dari Mu Ya Allah
Aku sedar Ya Allah, ilmu Mu meliputi segala-galanya malah merentasi batas masa, mudah-mudahan Engkau dapat memberikan kepadaku pengganti yang lebih baik, Ya Allah.
Aku sedar Ya Allah, sungguhpun perit dan pedih untuk ditanggung namun Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu hinggakan setiap butir pasir di dasar lautan tidak terlepas daripada pengetahuan Mu Ya Allah sedangkan aku hamba Mu yang hina ini yang telah banyak melakukan kesalahan dan dosa kepada Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Mu yang lemah

Aku redha dengan ujian Mu ini Ya Allah
Aku pasrah dengan dugaan Mu ini Ya Allah
Sungguhpun perit hendak ku tanggung
Dengarkanlah rintihan hati hamba Mu ini kerana Engkau Maha Mendengar

Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah
Ampunilah segala keterlanjuranku Ya Rahman
Ampunilah segala kesalahanku Ya Rahim

Pimpinlah aku untuk menuju kepada Mu Ya Allah
Bimbingilah aku untuk aku mengenali dan mencintai Mu Ya Allah
Hilangkanlah rasa dukacita ku ini dan gantikanlah dengan kebahagian yang berkekalan di dunia dan di akhirat.

La ila Ha illa anta subha naka i'ni kuntu minadz dzolimin (3 x)

Amin, Ya Rabbul Alamin