Pengikut

Ahad, 1 Disember 2013

Komitmen baru aku

Alhamdulillah..
Setelah lebih kurang 1 tahun penantian demi penantian, dan dengan kesabaran yang tinggi aku berjaya juga memiliki kereta idaman aku. Alhamdulillah.. Semuanya dengan kehendakNya.
Aku tak putus asa, dah lebih 7 kedai aku try. Ni yang terakhir. Memang kabel kuat la kendai ni.
Tujuan aku beli kereta ni 1st sekali adalah pasal kerja utama aku yakni PERUNDING KEWANGAN TAKAFUL. Aku nampak kerja ni sangat-sangat menguntungkan. Sebab di mana kita berada ja kita boleh buat kerja. Syukur. 
Lagi 2 minggu kereta ni akan dapat kerluar. Aku sekarang tengah fikirkn tentang parking.
Apa yang aku risau adalah abg aku yg sedikit kasar dan pgrongoaih.. Aku risau kete ni masuk dalam.
bengkel la jawapnya, aku bukannya berduit sgt. Mana la tak nak fikir tntg kawin nak beli rumah bagai lagi.

Aku harap dengan permulaan yang baik ni aku dapat pertingkatkan lagi kerja aku. Aku nak sangat jadi yg luar biasa. Maknanya lain dari yang lain dari kawan-kawan aku. 

Aku nak buktikan pada mak ayh aku yg aku akan jadikan mereka gembira dab bangga dengan kejayaan aku. Percayalah. Aku akan merubah diri aku.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pening Kepala

Allah.. Allah.. 
Apa lah nak jadi dgn diri ni. Macam-macam aku fikirkan hal duniawi ni. 
Sekarang bab kerja pulak.. 
Apa yang aku target skg adalah aku mesti beralih dan berubag pandangan dan mind set aku.
Aku mesti dan harus jadi seorang yg ceria, ramah dan mudah berkomunikasi.
Hal cinta aku, aku nak buang jauh2... Kalau ada aku nak cakap nak anggap ianya rezeki. 
Tpi itu bukan senang la. Perlukan masa. Mcm mana la aku nak buang benda. Hati ni selalu ja sunyi.
Aku mesti byk berkawan lagi
Aku mesti buang benda ni jauh-jauh dari otak aku ni.. 
HHHHHAAAADDDOOOIII..
Pening duk pikir caya.
Bagus juga blog ni, aku ngk lpas kat hg hbes2. 
Pada client2 In Shaaa Allah, aku akan jaga polisi hangpa selagi nyawa ni dikandung badan.

Sekarang duk fikir cara juga, mcm mn nak bg hilang semua ni.

Selasa, 15 Oktober 2013

Hari Ini Hari Raya Aidil Adha

AsSalam kawan-kawan.
Yeeeaaahhh... merapu sikit. Dah raya raya rupanya. Sedar tak sedar masa berlalu. Uban pun makin byk. 
Gatal ja kepala ni. Sekarang free,, single mingle, tapi tak best juga.hahaha
Hari ni ada 4 tempat org buat korban.. Nak pi yang mn 1 pun tak tau ni. 
Keja nak p makan ja. Alhamdulillah pi rezaki dihari raya.

Esok rumah jiran. Wan Mattin. Makan lagi.
OK, nak bgtau tau, tadi masa solat sunat hari raya jumpa wan. Dia ada cakap pasal permohonan aku di pejabat zakat. Doa2kan la mudah2an aku dapat kerja dekat sana. Senang sikit hidup.
Tapi tak akan ada kerja yang senang kat dunia ni. Kecuali kerja haran ja.
OK cau.. nak p kenduri.

Khamis, 3 Oktober 2013

Serius

SERIUS AKU CAKAP, AKU TEKANAN TENGOK DIA BUAT MACAM NI PADA AKU.
TAK TAU NAK CAKAP KAT SAPA LAGI. MUJUR HANG ADA BLOG. BOLEH LEPAS RINDU HATI.

Kata mak aku

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak.
Tertanya pada diri sendiri.. Apakah betul cakap mak aku dulu. Adakah jodoh aku pada org yg bernama azimah.
Dulu masa budak-budak duk mengaji Al-Quran kalam Allah pada org tua aku.. Teringat pada satu ayat ni
"......fauzan azima."

Adakah kali kedua aku gagal dalam percintaan aku ni disebabkan sial aku.
Adakah aku akan dipertemukan dengan azimah ini.
Tak kut, jangan la macam tu.hahaha..

Aku adalah aku.. Apa yg aku nak buat, itu hal aku. Tapi apa-apa pun kita berusaha ke arah kebaikan di masa depan. Pasti tapi bukan janji.

Rabu, 2 Oktober 2013

Serius Aku Sudah Mula Bosan

Duhai sahabat.. 
Sememangnya alam percintaan ini amat dan sangat memedihkan. Aku tak jumpa lagi yang benar-bnar ikhlas dan serius dalam hubungan.
Bila si girl serius diawalnya.. Mesti di akhirnya akan clash.
Rasa macam dah SIAL la aku ni. Serius aku cakap. Tak akan berkekal lama.
Bila couple selalu aku akan cakap, aku tak pandai bf gf. Tapi keinginan nak ada tu sgt tinggi, cuma aku tak pandai nak manage dgn baik. Mungkin ramai nak lelaki yg romantik.
Pada aku kalau nak romentik biarlah selepas kahwin. Sebelum kahwin biar sekadar mengenali.
Mungkin hal aku aku kena tinggal kut.

Sabtu, 28 September 2013

Baru Aku Tahu

Semalam baru aku tahu.
Aku tahu yang aku adalah serba kekurangan. Katanya aku 1.selalu memaksa 2. aku selalu bercakap tentang hati.
Apa ini salah aku. Terus terang aku pun tak tau apa aku duk paksa si dia. Sayang aku itu memang keras, tapi hati dia lembut sangat. Aku bagi dia peluang, biar dia rehat. Mungkin sekarang di dalam tekanan. Sebab itu dia buat keputusan terburu-buru. Mana lagi nak pikir tntg asignment, tugasan kumpulan, tntg aku, tntg family. Maafkan aku sayang.
Sayangku.. Percayalah aku sangat sayang kamu. Aku mahu kamu dalam hidup ni. 
Seriusly aku cakap, aku memang tak pandai jaga girl. Hanya hati ja tahu. 
Aku buta. Aku selalu berwaspada dari setiap segi. Tapi kali ini aku tak tahu, di mana salah aku.
Ya Allah ya tuhanku. Bukakan lah hati si dia. Aku perlukan dia.

Jumaat, 27 September 2013

Dragon Ball

Bosan dengan kepenatan berkerja dan apa yg terjadi sekarang, bertukar jadi budak2 kejap hari ni.
Kawan mai rumah.. Dia nak tengok cerita dragon ball pulak,,
ZZAAAAAAZZZZZZ.. layan..
Dalam hati mengharapkan si dia kembali.

Mak ayah keluar pergi jumpa adik yg bongsu di asrama. Adik azuar pulak prgi latihan JPAM di perak. Adik yg dah kawen tu pergi mydin, tinggal ngn membe ja ni.

Cerita ini untuk diri aku.. 
Memang sekarang ni terasa nak berkahwin sangat. Cuma jodoh saja blm ada lagi.
Mungkin tuhan nak aku kukuhkan kewangan aku dulu, Tapi aku rasa dah nak kukuh dah sekarang. Cuma masalah nak beli kereta ja blm lepas lagi sebab ye laahhh...
BNM skg susah nak lepaskan kereta. Ikutkan gaji aku dah lepas dah. Sebab aku bekerja sendiri. tu yg bank susah nak lepas tu.

Petang Ini

Hari ni kerja mengedit dan promosi saja. Keja sampai lebam. 
Si dia marah kat aku. Mungkin salah aku coz aku jenis tak reti nak faham orang. hahaha.. Padam muka aku. Sampai ke tua la aku tak kahwin.
Ku mengharapkan kerjaya aku dalam bidang takaful ini akan membuka satu sinar baru dalam hidup aku.
Siang malam aku memikirkan cara yg terbaik untuk lebih berjaya saing.
Aku tetap menunggu dan berusaha.

Rabu, 25 September 2013

Masih Tidak Selamat

As Salam.. 
Lama sudah tak update. Perkara utama sebab selalu tulis entri ni coz melepaskan segala masalah. Dengan penuh harapan masalah ini akan dapat mengurang sedikit tekanan.

Dah lama sudah aku clash bersama 1st lover aku. Alasan perpisahan sebab aku terlalu baik untuk dia. 'JAWAPAN ORANG BODOH SAHAJA'

........sekarang aku bertemu dengan seseorang yg boleh dikatan lebih baik dari yang dulu. Allah maha berkuasa. Orang Jitra. Alhamdulillah kami ok. Dia memang kasar dan keras tapi hati dia baik sgt.
Cuma hari ini seseorang telah datang buat kacau. Aku tidak suka pergaduhan pertengkaran. Aku lebih suka duduk diam. Tak nak tunjuk masalah kita pada orang.
Alasan apa aku macam ni.. 

Aku lihat dalam fb dia, dia seperti berbaik semula dengan laki itu. Pandangan aku kalau itu fb, apa lagi kan mesej or cntct balik. Aku positif sahaja kan diri ni. Doakan apa yang dia buat itu adalah terbaik. Tapi yang sakitnya adalah aku. Patutkah aku tahan lagi. Sakit Lagi. Derita sungguh la hisup ni.

Bukan senang aku nak terima orang. Dan bukan senang aku nak buang orang. Aku bukan mat jiwang karat yang pandai ambil hati kaum hawa ni. Bila dah kawen tahu laaa aku. Doaku padaMu BERIKAN LAH YG TERBAIK UNTUKKU.
Aku mengharapkan kamu beri yang terbaik Zumira Hana.

Khamis, 18 April 2013

Aku Muncul Kembali

Assalamulaikum..

KETENANGAN.. Muncul lagi. Setelah berabad lamanya tak conteng kat blog aku ni,, 
kini muncul dgn wajah dan harapan baru.

Alhamdulillah.. Hari ini aku mampu ubah kehidupan aku, walaupun masih blm berjaya, tapi kejayaan sekarang aku lebih maju dari dulu. TAPI blog ni tetap tempat aku lepas luah rasa. Kononnya boleh hilangkan mood yg tak berapa nak cantik.

Aku akan create sesuatu yg baru. Tunggu.