Pengikut

Jumaat, 7 Disember 2012

Kenangan Lalu

Hampa jgn baca. Ni aku tulis untuk diri aku.. Nanti tua-tua aku nak baca balik.hahaha..

Dah masuk bulan 12/2012. Tak lama lagi dah masuk tahun baru.
Cita-cita masih belum tercapai. Usia makin mencecah. Ahhhhhhh.. Tekanan hidup.
Ujian ujian..
 Sabar hanya mampu. 

APA AKU BUAT SEKARANG??

eemm.. kawan.. Aku masih cari siapa dia Bakal permaisuri aku. Susah aku nak berikan hati ni 
walau ada yang sudi. Apa yg aku mahu sebenarnya.. Tak cukup-cukup.

Apa yg aku nak girl yg sudah matang dalam berfikir. Tapi kenapa yg datang semua tu hanya nak kesenagan sahaja. Bukan nak kasih dan syg yg betul-betul.
Hampa tak suka hampa jgn baca. Aku merapu ja kat sini OK

Aku sekarang juz meniaga roti jala dan buat takaful. Aku dapat income apa semua, semuanya dari situ. 
Aku nak SANGAT-SANGAT ada kedai mkn sendiri. Cuma modal sahaja aku tak ada. Pengalaman dah cara mengurus kedai,, semau dah ada. AAAAAAAAAARRRRHHHGGGG...Di mana masa depan aku yg sebetulnya.

Aku nak kaya. Aku nak kaya,, KAYA aku utk mak ayah aku. aku nak lepa p buat HAJI. 
aku janji, semua yg apa lepa dah beri aku dapat balas balik. 
Ya Allah, mcm mn lah kalau suatu hari nanti mereka ini tak ada. Apa feel aku time tu. Dgn siapa lagi aku nak mngadu bermanja, lepaskan semua masalah aku. Aku perlukan semangat dari org tuaku Ya Allah, 
Berikan aku kekuatan untuk aku kuatkan semangat ini.

Aku nak beli kereta. Tapi kereta tak cukup bulan statement. Dia nak 6 bulan.
Sakit kulit la aku nak kena tunggu lagi 3 bulan. tulunnnnnnnnn..

cOW DLU,,


tUnnnggu.. Kenangan lalu ni lah yg ajar aku jadi mcm skg. Terlalu formal hidup aku,,
Kurangkan sikit supaya lebih byk kawan. OK. CIUUUOOOWW..

Jumaat, 9 November 2012

Pagi Jumaat

Munink guys. Juz wanna to share Kelebihan Hari Jumaat. Aku copy entry ni coz aku suka.
Selamat Beramal. 
(la pukui 7.01am, jam pukui 8, jom pekena roti canai)

Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Sabtu, 27 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha 2012

Hi. Dah masuk tahun 2012. 
Dah makin tua aku ni. Titop tip top dah raya haji. Pada kawan-kawan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Maaf ku pinta yer.


Ditanya tentang kemeriahan. HMM. Mmg tak meriah lgsg. Tak rasa hari raya pun. 
Kecik2 dulu best la, dapat duit. Pegi meraya masuk rumah orang main belasah ja. 
La ni.. hrrrmm.. dah bosan. ramai kawan-kawan dah dah berhijrah. 
Tinggal aku ja kart kampung ni. Tapi aku pun apa kurangnya.hahaha..
Bangga la sikit ngn diri hg fauzan.
WOKEH.. nite. Tu ja nak bagitau. hahaha..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Plez Muncul

Salam sahabat semua. Lama sungguh aku tak update entri pasal aku.
Siapa tak nak kahwin kan. Cuma aku belum jumpa puteri hati ini. Terasa kosong sangat2 jiwa ni. Memang terasa sangat. Dlu handset aku selalu ja bunyi msg. Time tu aku masih dengan si dia. Kerana harta pangkat kedudukan dia pilih, aku terpaksa mengalah.

Serius aku cakap dah banyak kali try untuk miliki hati wanita. Tapi tak blh nak serasi. Ntah kenapa. Kebanyakan wanita skg semuanya nak duit dlu. Pada aku aaslkan kehidupan berkesederhanaan dah memadai. Wang blh dicari. Kekayaan blh dicapai. Tapi serius, kasih sayang yang ikhlas tak dapat dibeli. 

Memang aku sedang nantikan siapa puteri hati ini. Yang boleh terima kedudukan diri ni sekarang. Yang juga dapat terima 100% diri ini seadanya. Aku bukan memilih sangat siapa bakal isteri aku, Aku cuma nak yg sedap memandang, pandai jaga hati, agamanya yg baik. 

Aku tak kaya, family aku pun tak kaya. Tapi insyALLAH hati ini kaya dgn kasih syg. Dah penuh. tggu nak curahkan ja ni.

Kawan....

Aku tulis ni niat aku hanya 1. Hanya mahu ketenangan hati. Aku cuba nafikan yg aku tak perlu bercinta lagi sebab tu semua menyakitkan. Tak akan ada yg serius dlaam hubungan. Bila ada ja yg lebih baik dari kita, mesti gurl tu terus belah. Pasti lah dia nak yg lagi kaya raya, berduit pelbgai semua tu. Senang-senang nak hancurkan hati yg sangat-sangat menaruh harapan yg sangat ikhlas.

Tolonglah.. Datang lah pada aku wahai kekasih hati. Di mana kau masih bersembunyi. Aku amat rindukan engkau. Percayalah.. Aku tak punya sesapa sekarang ni. Aku sangat-sangat nantikan kamu.
Plezzzzzz.. muncul.

Rabu, 25 Julai 2012



Maafkan Aku

Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan

Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna



Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku

Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia disampingnya




-------------------------------------------------------------------


Habes sudah.. Aku copy paste puisi cinta kat atas tu. coz aku rasa sama ngn jiwa yg aku rasa skg.
Secara peribadi aku rasa jiwang tak perlu, tapi romantik amat perlu. 


Romantik bukan tgk seseorang tu dari luaran dia.
Susah nak menilai org. Muka pecah rumah pun, alik-alik perrrggg.. ayat-ayat cinta dia.. Melekat.
Kepada kau my ex, moga bahagia dgn pilihan kau. 


Jaangan cari aku bila jatuh lagi. Dah banyak pengorbanan aku bgi, tapi harta pangkat kau pilih. Go on lah. Selamat Berbahagia.. Selamat Berpuasa.

Jumaat, 20 Julai 2012

Puasa mestilah Ramadhan

Lama dah tak bloging. Salam guys.
Esok dah start puasa. Tapi hati rasa kenapa seru puasa ni tak sampai.
Bahang-bahang puasa ni tak ada maksud aku. Ntah ar, apa yg aku nak lagi aku pun tak tau.
Tadi aku ke opis MAA Takaful. Kerja aku sebagai wakil takaful bermula lagi, Kali ni aku akan betul hard.
Masa dah semakin suntuk. Aku mesti kena kuat. 
Berharap Ramdhan ni akan membuka segala pintu rezeki untuk aku.
Amin. Cau geng-

Jumaat, 8 Jun 2012

Kekosongan aku

Salam kenalan semua. 
Terus ke hati, percayalah, hati tersa amat sunyi. Sunyi sgt2 seleas pemergiaan si dia.
Sedih? Ya Robbi,, Allah .S.W.T shaja yg tahu. Tapi hidup kena teruskan juga.
Kekadang aku lemah bila fikirkan apa yg dah berlaku atas kehilangan permata yg amat terindah.
Dan kekadang aku bertambah kuat, lebih berkeyakinan apa yg aku.
Mungkin salah aku jg coz tak mmpunyai aset yg byk.

So skg aku hanya tggu permaisuri tu biar lebih baik dari dia, yg lebih memahami,
Terima pasangan seadanya, itu yg sepatutnya.. Baru bahagia rumah tangga itu.

Sahabat.. Jangan sahabat salah salah memahami, aku lauhkan kat sini bukan nak ckp apa2, juz utk melegakankan meringankan hati yg bergelora ni. Bila kita luahkan sesuatu masalah secara lisan atau tak, pasti keresahan tu akan kurang. Nila sebab aku create blog ni. Aku nak hari2 aku lebih ceria.

Aku terima apa ja komen dari sahabat. Aku seperti ada masalah. Sekarang aku rasa sunyi sgt2. 
Lama dah aku tutup pintu hati ni, sifat benci pada wanita tutup semua rasa hati ke hati.
Kebelakangan ini hati ini amat terasa sunyi sgt2. Mahu rasa disayangi dan menyayangi.
Aku mahukan kebahagiaan. Mudah2an tuhan merahmati doa aku.
Amin.

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom main futsal

Salam pembaca..
Lama tak tulis entri.
Tak ada apa blog aku ni, juz tempat nak hilangkan apa yg aku rasa..
nak marah banci ketawa..or apa ja.. semua ni juz nak aku relax dan hepy.
Tak ada sapa nak aku kongsi, kat sini pun jadi lah.

Mlm ni sepupu aku ajak men futsal ngn geng belia kampung dia.
Aku mmg kaki futsal, pantang diajak. Mesti jadi.. 
bukan dekat tempat futsal tu, jauh pun jauh lah. dah gila men sgt. aku pun join jgk lah..
Harap semua team lawan aku nnt semua akan kalah..hahaha..

emmm...

Hari ni, tak ada keja sangat aku buat kat umah, juz lepak2 sambil duk perosah wifi tm adik aku ni,,
apa2 pn tq dik bg pinjam.
Salam sayonara..

Selasa, 27 Mac 2012

Rindu

Mak ayah akak abang adik2..aku rindu sgt2 kat hampa semua. Tak tau nak cakap mcm mana lagi.
menitis air mata aku bila fikirkan tika kita bersama semua.
 Akak, bila nak balik..jan rindu kat budak2 tu.
Abg, TQ support hidup aku.

Mak ayh rindu.. aku rindu semua..
Aku nak balik kampung.
Aku tak ada sapa kat sini.
Aku sunyi sgt2..
Aku bosan teramat sgt kat sini.
Bosan Rindu Bosan Rindu..
 

Teringat

Tiba-tiba lagu bertukar lagu ke lagu 'Bagaikan Dalam Kaca'.
Buatkan aku igt si dia. Kenapa terlalu kuat sangat cinta ini utk si dia.
Tak dapat aku nak lupa dia ni kenapa..
Kuat sgt.

Selepas si dia mmg byk cubaan cinta yg datang tapi aku tak dapat fell
apa itu cinta dan kasih syg dgn org lain.

Mudah2an akan ada insan yg dapat penuhi kkosongn ni. Aku mahukan yg terbaik dlm kebahagiaan.
Selamat bahagia sygku.

Jumaat, 23 Mac 2012

Deman aku

Hari ni aku kena pi kilang BCM Electronic kat kulim..
harijumaat
Keja ttp keja. Ikutkan aku malas nak pi keja hari ni. Sakit pening demam batuk semua ada.. 
Pekej la org cakap. Kadang jadi setan jg, OM aku duk call duk tnya mcm mn?
Kerap lak tu,, ase mcm nak baling ja fon tadi.
hahahaha

Dalam perancangan igt nak balik kampung ptrg tadi, pastu lepa call pulak dah ckp ada perabut opis punya baru sampai..
Leceh betoi.. rosak rancangan.. esok pagi lepas subuh gerak awal..
calo beteh..
Pening kepala gila.

Ahad, 18 Mac 2012

Perkara aku tak suka

Jam dah pukul 1.35 pagi.
Mata agk mengantuk, tapi aku tak suka tidor. Ntah kenapa, ase macam rugi sgt2 masa tidor tu.
Tapi tidor dan rehat yg cukup itu perlu.
Aku duk baiki printer bengong ni.. Nak scan transkrip tak boleh2.
Tangan dah naik color mcm2, terkena ink printer ni.
Harap2 esok boleh.

hARI esok.
Waahhhh.. tersangat cepat asenya masa berlalu, ase mcm cepat ja tua. skg dah 26.
Kawan2 dah dapat 2 3 org anak dah. Aku jodoh pun blm jmpa.
Ntah tahun bila nak kawen ni.
Bakan apa. takut jg nak kawen, takut hal lama berlaku lagi.
Kecurangan. Hahahahaa... 
Tu dah mcm adap dah skg. 
Ntah lah,  tak nak cakap apa dah. Harap2 bertemu jodoh yg baik dmasa depan.
AMIN.
Geng-geng semua, tlg doakan aku sama. Permudahkan jalan sahabat hampa ni.haha
Jom tidoq.
Nite

Khamis, 15 Mac 2012

Bebas

Itu dia mahu.
 Walaupun aku yg buat keputusan tapi aku dapat menilai yg dia memang 
mahu aku buat mcm tu..
AKU BEBAS..
Hidup kekadang tak adill, mencari kesempurnaan tahkala mencari kekayaan.
Aku mungkin tak kaya sekarang. Kerana ketidaksabaran aku mengerti sgt isi hati tu.
TQ SANGAT buang masa tuk sy.
AKU BEBAS..
Aku percaya percintaan yang terlalu lama boleh membawa kepada perpisahan.
Percayalah apabila si dia mengetahui kelemahan kita pasti si dia akan mencari kesempurnaan itu.
Aku berserah kali ni, dan aku tidak akan lagi pusing,,
HHHAAAHHH..'keluh aku'.

Percintaan selepas perkahwinan ada cinta yg paling agong. Aku nampak itu coz aku dah lalui. Makan tahun.

Rabu, 14 Mac 2012

Apa aku rasa

Dah 9.13 pagi. 14/3/2012. Hati ni masih bertanya, benarkah si dia sayangkan aku..cintakan aku..
Masih tertanya-tanya kat dlm benak ni.
Aku melihat situasi keadaan ini, seperti tiada harapan lagi untuk aku.
Mengkin perpisahan diharapkan.
eeemmmm..

Aku masih berdoa, aku masih berharap agr hubungan ini berpanjangan.
Tapi kalau sebab harta menjadi isu. Apakan daya aku.
Kenapa kau begini sayangku.
Perlu aku mencari cinta lain.

Ahad, 11 Mac 2012

Perjalanan Hidup Ini

Aku FAUZAN.
Boring,, lepak jap merapu jap kat sini.

Ntah berapa lama dah tak menulis kat sini. La ni aku sambung balik  coz nak
hilangkan rasa apa terkandung..

AKU PUNYA BLOG..
AKU PUNYA HAL..

Kini aku sabung semula mengkariakan penulisan aku..
HaHaHaaaaa...
I cOmInGGGG..