Pengikut

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sebentar shaja lagi.


Pagi ini seperti apa yang telah dipautkan pada entri sebelum ini aku ada sukan futsal tertutup.
Kasut futsal?? eeeemmhh,, 
mcm tu lah. Tak ada kedai yang buka. Puas aku cari, tak larat dah nak tanya orang.
Bukan nak kutuk or apa, tapi memang tak banyak kemudahan kat sini. Banyak yang terkurang.
Susah nak hidup.

Dah aku tak nak story pasal lain, ni pasal sebentar sahaja lagi. Rasa gelabah tu standard ar. Tapi
aku akan try yg terbaik untuk team aku.
cayyok ciyyok coyyok yok yok..

Kalau kalah nanti memang tak ada rezeki, kalau menang. huhh..Team aku memang tero, syabas korang semua.Nanti aku belanja korang makan ais pop.haha.. (rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari)..

Mak abah doakan abg jan menang yer.. Aminnn..
Tahu bintang futsal sapa??
Tentulah niee.. Gua respect lu ar bro.hee..

Falcao
Aku dah try dah main seperti dia.haha.. mana nak dapat lah bro. Search ler youtube kalau tak percaya cakap aku.
 Skill Aksi Kepantasan gaya dia lar tu..
hahahaa.. fenatik fantastik bombastik semua ada.

Falcao

Mamat falcao ni paling best di dunia..

Apa-apa pun all the best for me and my team. 

Kenangan Char Kuey Teow

         
Malam ni nak story pasal kenangan aku masa muda-muda dulu. 
4 5 tahun dulu lar ni. Bukan apa, tadi ada kawan aku duk ajak pi pekena char koteaw. Itu yang buat aku rindukan kenangan lama ni.

Dulu aku tukang masak kalau nak tau. Tapi masak char kuey teow ja. My bro ajar, origenal penang mai punya. Mybro belajar dari orang penang, berbayar tu.. Lebih kurang macam kursus lah.

Lepas tu dia ajar aku. Aku bab-bab masak ni memang tak leh dinafikan kehandalan aku.haha..
 Masa ni aku tak sambung blajar lagi, aku tinggal kat sepang masa tu. 
Kat airport city kalau tahu. 
Kalau korang pernah pergi sana, korang mesti tahu kedai makan kak long. Kedai dia famous dengan masakan asam pedas. Nak storynya dulu aku meniaga kat situ lah sebelum berpindah ke kedai sendiri..

Masa berlalu.. kenangan semakin bertambah. char kuey teow aku semakin dikenali. Untung semakin menebal, Hasrap dan impian ingin lebih maju ke depan. Akak, abang dan aku berbincang. 



Maka tertubuhlah RESTORAN NAFA ROMA.


Apa itu NAFA ROMA.
tu nama family aku.

                                                 NA = akak (Nabilah)
                                                        FA = bang dan aku (Fadhly & Fauzan)
                                                              RO = emak (Rokiah)
                                                                    MA = ayah (Abdul Rahman)

Aku mula meniaga sendiri, semua urusan sendiri. Dengan pengalaman dan ketabahan yang ada aku 
mula membina empayar sendiri (cewah). Di nafa roma aku tetap tukang masak char keow teow. 
Masa terus berlalu.  Anak ayam terus membesar. Anak burung sudah boleh terbang.

Aku mula meneruskan perjalanan aku di menara gading. Tapi tak pulak aku nampak ada gading kat manara tu.kui9. 
Kat bawah ni aku ada copy cara masak char kuey teow. Tapi, masih tak boleh fight lagi dengan resepi aku.hehee.. K da.. 



SOS CHAR KEOW TEOW
BAHAN BAHAN
5 senduk sos tiram
3 senduk gula
1 senduk perasa
4 senduk kicap pekat
2 senduk kicap cair
1 senduk minyak bijan

CARANYA

Campur semua bahan-bahan, kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Perap selama 2 hari.

BAHAN-BAHAN
1 kilo keow teow
1 kati taugeh
½ kati kucai
1 kati udang – sederhana besar – rebus sekejap
1 kati kerang – celur – kupas
8 biji telur
10 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar cili boh
CARANYA

1. Panaskan kuali. Masukkan 2 senduk minyak. Tumis bawang
putih, biar kekuningan. Masukkan cili boh (ikut pedas). Kacau rata.
2. Masukkan kerang, udang, segenggam keow teow dan 1 senduk sos tadi, taugeh dan kucai. Kacau rata.
3. Tolakkan keow teow ke tepi dan masukkan telur. Kacau rata.

Try aa Sedap..