Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

9 Siti (Siti Impian)


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

Isnin, 27 Disember 2010

Aku nak merepek malam ni..

salam.. blog aku. aku punya hal nak tulis apa kan..
So skg, jiwa aku tgh kacau bilau dek sorang pompuan ni.. aku harap suatu hari nnti dia akan sedar segalanya yg tindakan dia itu adalah tindakan bodoh. Maafkan aku syg..
SO skg aku nak dan terus mencuba lupakan dia.

tadi lepas balik keja aku terus kemas bilik aku,,, anai2 sial nak mampus mkn abis buku2 kotak2 dalam bilik aku,, geram tahap haram jadah tadi.. maki aku.hahahaa,,,

so kuarkan semua dalam brg dalam bilik, nak kna tggu sabtu ni nak masuk mozek bilik aku,, dah cari tukang tadi,, puas jg nak cari yg paling cepat,..

kontraktor tu nama dia pian. so adjuz lah barang pe semua. 1 keping 1 kaki punya cakap dia klu yg gred 1 dlm RM 1.80. Klu B rm 1.6o.
tgk lah nnti,, nak pi kedai dulu tgk yg mana lawa.

Sabtu, 25 Disember 2010

Cerita Hantu Janin lar kut.

Tadi pegi tgk cite janin.. tapi bukan mcm janin punya cite,, lebih kepada toyol ja pun,,
tak best pun..huhuhuhu,, rugi wet aku..

Ahad, 5 Disember 2010

APA YANG AKU INGINKAN SEKARANG

Aku mencari teman sejati.. Blh bertukar-tukar pandangan. SuSAH SENANG. kAWAN TETAP KAWAN..

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Sahabat sejati.. Sahabat setia..

Salam semua..
Dah berminggu-minggu aku tiak update blog aku. busy sgt dgn keja skg ni. Bukan keja apa pun, juz bantu family jaga kedai makan.. AkU tukang buaty air da..

Kini akau kat kampung.. Terus terang aku cakap,, AKU SUNYI SANGAT. Maksud aku bukan bercakap pasal awek. Ni pasal teman. Teman sentiasa bersama kita. Dulu masa aku berlajar aku ada teman rapat.
So skg semua dah tamat study. Bawa haluan masing-masing.

Ya.. memang ramai kawan-kaan2 kat kampung. Tapi aku mencari kawan-kawan yang ada wawasan. Yang boleh berkongsi ilmu. aTLeast aku dapat improve diri aku.
Aku suka tgk perlawanan bola. Selalu kuar sorang2 pegi tgk. Ada member kan best.. huhuhuhuuhuu..
Sukarnya hidup ni..

Kat kampung aku memang ramai kawan. tapi kawan2 tu semua blh merosakkan diri aku..
Aku benci orang mcm tu.. tak ada masa depan. Klu aku tegur nanti bergaduh plak..
Paling teruk, hari2 ajak aku pekena air ketom. huh..
TAK MASA NAK LAYAN BENDA TU...

Tu kira ok lar jg,, tak kira lagi benda lain.. Cakap pasal maksiat.. HHHHHMMM...
BELAMBAK2.

Hari aku aku hampir-hampir terjebak. Selamat iman ni masih kuat.
Aku terus balik. Klu masih kat situ,, hahah
Ntah,, apa kan terjadi.. Aku masih teruna,,kakaka..

So askg aku dah malas nal lepak ngn budak-budak tu lagi./.\
Aku mencari kawan yang tahu kenal apa itu erti kawan. takala kita susah or senang..

Sahabat..
Mungkin tuhan belum ketemukan aku dgn engkau. muNGKIN ada hikmah seblalik tu..