Pengikut

Ahad, 27 Mac 2011

Kenapa jadi begini..

Salam rakan semua.. Aku mula nak mencerita tntg family aku,, Aku pun tak tau nak start kat mana. Tpi aku rasa family aku dah nak mula kucar kacir.. Sebenarnya tak byk ckp hal fmly pd org lain, tapi aku juz nak ketenangan.. Aku mahikan 1 family yg bahagia. 
Ayah. Jan bgga dengan ayh.. ayh seorg yg penyabar, perancang tapi terlalu manjakan kami. Kerna kesabaran ayah, mak naik kepala ayh. Ayah tetap sabar.. 

Mak. kenpa mak tak nak kebahagiaan. Kenapa pertelingkahan jg mak pilih. Mak, kami sudah besar mak. Cara didikan dah tak sama mak. Mak jgn lah begini. 
Pagi tadi adik aku mrajuk.. ntah mgkin mak mungkin akak.. Kenapa begini terjadi..

Tika ni aku sedang demam. Pening sgt.. baru sahaja clash ngn awek, maslaah family plak,, ni semua bermula dengan bisnes. betullah cakap org.

"BUSINESS IS BUSINESS"

Kadang2 bisnes ni tak kenal langsung erti pertalian darah daging sendiri.. 
adikku cara adikku..
mak cara mak
abg cara abg..
Aku juga kena jadi org tengah,, aku cuma inginkan kebahagiaan.. Aku tak suka gaduh2, cuma aku mahukan peluang untuk berbincang.Tpi semua dengan ego tersendiri. 

Harapan besar aku, suatu hari nnti abg berharap sangat akan ditemukan dengan seorg insan solehah.
Insan yg dapat bahagiakan aku anak2 dan rumah tgga. Biarlah kesederhanaan, aslkan kebahagiaan memuncak.

Apakah motivasi diri lagi aku harus lakukan. Aku harus kuat. Tapi dengan masalah kesihatan skg, aku tak kemana. Cuma berharap dan berdoa pada yg Esa,. Engkau kabulkanlah permintaan aku ya tuhanku..

Jumaat, 18 Mac 2011

Pesanan Sahabat


 by www.iLuvislam.com



Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Petua Untuk Hati


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."

Khamis, 17 Mac 2011

Terasa sunyi

Sebelum ni aku tak pernah menulis entri tentang cinta. Dan hari ini aku mula menulis, sebab aku mula merasai aku adalah aku yg sebenar. Aku menulis apa yg ingin aku katakan, apa yg ingin aku luahkan. 
Pada aku cinta memang tidak adil. Mungkin ini adalah ujian untuk aku. Sakit yg dirasai bagaikan lumpuh seluruh badan. Terlantar badan bila terkenang cinta lama. Kenangan mmg yg tak dapat dilupakan yg dah bersemi selama 8 tahun. 
Aku tak mengharap cinta itu datang lagi. Tapi aku mengharap aku dapat melupakan semua kenangan itu. Pedih sakit itu sentiasa buat aku bercelaru.
Oh tuhan.. Engkau yg maha esa, aku berlindung di bawah kuasaMu Ya Allah. 
Kau bukakanlah jiwaku, Kau permudahkanlah utk aku lupakan semua kenangan ini Ya Allah.. Aku bersujud padaMu Engkau yg esa. Ku pohon, kau permudahkanlah uruskan duniaku Ya Allah untuk aku berbakti padaMu. 

Terasa hati tak ingin bercinta lagi, seperti mati erti cinta di hati ni, Apa yg aku mahukan, damai hati Ya tuhanku. Sekiranya aku berkeluarga suatu hari nanti, Kau berikanlah aku isteri yg solehah. Yg menerima semua jiwa dan raga ini. Aku cuma ingin keluarga yg bahagia Ya Allah. 

Sebagai seorg lelaki yg mgkin akan bergelar suami dan ayah kepada anak2, aku bersedia Ya Allah. Bersedia menanggung semua tggjwp yg Engkau berikan. Antara nafkah zahir dan batin, aku btl2 menghayati, aku mengetahui Ya Allah. Aku betul2 ingin melupakan apa yg telah berlaku. Sekiranya masa itu dapat dibeli, mgkin tidak akan aku pilih jalan ini, jalan ini sgt menyakitkan. 

Kesetiaan kebahagiaan tidak boleh dibeli, tetapi hati yg utuh cekal dan mahukan damai sahaja mampu memiliki. Percayalah, status dan kekayaan tak akan kemana. Apa yg penting, hati yg ikhlas yg mahukan kebahagiaan sahaja akan berada di puncak mahligai.
-
-
-
-
-
Kepada kaun adam yg sedang hangat bercinta, cinta pada manusia tidak akan kekal, malah menambahkan derita kepada yg tidak berjaya. Cintai Allah yg maha esa kerana cinta ini adalah kekal sepanjang masa. Dan kepada yg berjaya, jodoh pertemuan ditangan tuhan. Bersyukur dan berterima kepadaNya atas ketentuanNya. 
-
-
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah
Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan
memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan
itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang
seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si
Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu
mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan
penghuni bumi."

(Muttafaq 'alaih)


I'm seek

Aku nak lupakan dia. Tapi kenapa susah sangat. Macam2 dia dia dah buat pada aku.. 
Tapi aku tetap terima dia, coz aku terlalu sayangkan dia. Hampir 8 tahun aku bersama dia. Macam2 kenangan aku dengan dia. 
Dan hari ini aku telah berpisah dengan dia. Cuma kerana status aku dia tinggalkan aku. Ya, mmg aku tak layak bersama dia. Dia seorg cikgu. Aku cuma pengusaha kedai mkn. Mana la nak sama taraf. Dulu dia aku berjanji, apa pn yg berlaku, kami tetap akan bersama.
Tapi masa dah berubah. Dia pun dah berubah. Aku tetap aku yg dulu. 
Aku perlukan semangat tuk aku lupakan dia. Ya Allah. Berikan aku kekuatan ni Ya Allah.
Kau percepatkanlah tuk aku lupakan dia. Dia mudah tuk lupakan aku, tapi kenapa aku susah tuk lupakan dia Ya Allah. Sayang mmg lah syg, tapi jodoh pertemuan Allah yg tentukan. Aku doakan dia akan bertemu dengan org yg berstatus berpangkat seperti apa dia nak.

Aku pujuk hati ini, pujuk dan terus pujuk. Kalau dia tak perlukan aku, so aku juga tak perlukan dia. Hari aku cuba lari dari ingatan ni. Aku nak lupkan hg. Aku nak mulakan gaya hidup baru. Aku harap aku akan bertemu dengan seseorg yg blh menerima aku seadanya. Yg mahukan kesederhanaan tapi kebahagiaan memuncak.
Pertemukan aku dengan jodoh aku Ya Allah.