Pengikut

Khamis, 17 Mac 2011

Terasa sunyi

Sebelum ni aku tak pernah menulis entri tentang cinta. Dan hari ini aku mula menulis, sebab aku mula merasai aku adalah aku yg sebenar. Aku menulis apa yg ingin aku katakan, apa yg ingin aku luahkan. 
Pada aku cinta memang tidak adil. Mungkin ini adalah ujian untuk aku. Sakit yg dirasai bagaikan lumpuh seluruh badan. Terlantar badan bila terkenang cinta lama. Kenangan mmg yg tak dapat dilupakan yg dah bersemi selama 8 tahun. 
Aku tak mengharap cinta itu datang lagi. Tapi aku mengharap aku dapat melupakan semua kenangan itu. Pedih sakit itu sentiasa buat aku bercelaru.
Oh tuhan.. Engkau yg maha esa, aku berlindung di bawah kuasaMu Ya Allah. 
Kau bukakanlah jiwaku, Kau permudahkanlah utk aku lupakan semua kenangan ini Ya Allah.. Aku bersujud padaMu Engkau yg esa. Ku pohon, kau permudahkanlah uruskan duniaku Ya Allah untuk aku berbakti padaMu. 

Terasa hati tak ingin bercinta lagi, seperti mati erti cinta di hati ni, Apa yg aku mahukan, damai hati Ya tuhanku. Sekiranya aku berkeluarga suatu hari nanti, Kau berikanlah aku isteri yg solehah. Yg menerima semua jiwa dan raga ini. Aku cuma ingin keluarga yg bahagia Ya Allah. 

Sebagai seorg lelaki yg mgkin akan bergelar suami dan ayah kepada anak2, aku bersedia Ya Allah. Bersedia menanggung semua tggjwp yg Engkau berikan. Antara nafkah zahir dan batin, aku btl2 menghayati, aku mengetahui Ya Allah. Aku betul2 ingin melupakan apa yg telah berlaku. Sekiranya masa itu dapat dibeli, mgkin tidak akan aku pilih jalan ini, jalan ini sgt menyakitkan. 

Kesetiaan kebahagiaan tidak boleh dibeli, tetapi hati yg utuh cekal dan mahukan damai sahaja mampu memiliki. Percayalah, status dan kekayaan tak akan kemana. Apa yg penting, hati yg ikhlas yg mahukan kebahagiaan sahaja akan berada di puncak mahligai.
-
-
-
-
-
Kepada kaun adam yg sedang hangat bercinta, cinta pada manusia tidak akan kekal, malah menambahkan derita kepada yg tidak berjaya. Cintai Allah yg maha esa kerana cinta ini adalah kekal sepanjang masa. Dan kepada yg berjaya, jodoh pertemuan ditangan tuhan. Bersyukur dan berterima kepadaNya atas ketentuanNya. 
-
-
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah
Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan
memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan
itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang
seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si
Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu
mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan
penghuni bumi."

(Muttafaq 'alaih)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan